Muzik video Rapuh_(lagu_Pesawat)

Muzik video "Rapuh" diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Flux Visual Lab. Menurut Jipie, idea menghasilkan lagu untuk filem KIL datang ketika beliau dijemput untuk membuat penampilan khas dalam filem tersebut sebagai seorang inspekstor polis yang mengambil keterangan dari Akil lakonan Redza Minhat. Lagu "Rapuh" berkisarkan tentang seseorang yang mengalami tekanan emosi dalam mencari erti kehidupan disamping terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup namun tidak berputus asa sambil sentiasa berharap untuk berjumpa sinar di hujung jalan, dalam erti kata lain, seseorang yang sedang rapuh emosinya, sesuai dengan premis filem KIL.[1]